RAWATAN KAEDAH AS-SUNNAH

PUSAT RAWATAN KAEDAH AS-SUNNAH BAB AL-KAUTHAR

Penyembuh Hanyalah Allah

Perubatan As-Sunnah meletakkan kuasa penyembuh mutlak hanyalah allah Taala sahaja.  sesungguhnya hakikat sebenarnya adalah dating dari Allah.  Justeru penawar segala penyakit juga dating dari Allah Taala bersifat dengan Al-Qodir Yang Maha Berkuasa.  Allah berkuasa menyembuhkan segala penyakit sama ada penyakit kronik atau biasa.  Segala-galanya adalah mudah bagi Allah.

Setiap Penyakit Ada Ubatnya

Rasulullah SAW menjanjikan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali kematian.  Apabila ubat tersebut ada keserasiannya, InsyaAllah penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah Taala.  As-sunnah banyak menyebutkan ubat-ubatan yang sangat mujarab untuk menyembuhkan segala penyakit.  Pusat Rawatan As-sunnah hanya menggunakan kaedah rawatan yang diambil terus dari sumber ilmu yang sohih iaitu Al-Quran dan Al-Hadith.  Allah Taala pasti akan sembuhkan penyakit hambaNya yang mahu kembali kepada Allah, bertaubat dan beramal luas.  Bidang perubatan adalah sebahagian dari khazanah ilmu Al-Quran yang dipelopori oleh ahli ilmuan Islam terdahulu malah masih menjadi rujukan dalam perubatan moden.  Bab Al-Kauthar sedang membongkar khazanah ilmu yang luas itu untuk sama-sama kita ambil manfaatnya.

Al-Quran Adalah Penyembuh

Allah Taala menjanjikan bahawa Al-Quran adalah ubat dan penawar paling mujarab kepada segala penyakit manusia zahir dan batin.  Batin manusia yang suci itu akan mampu mencapai darjat.  Malaikat malah meningkat ke darjat yang lebih tinggi dari itu, Al-Quran adalah satu mukjizat Nabi SAW yang masih kekal hingga ke hari Kiamat.  Melalui pembelajaran bahasa Arab kita akan lebih merasai penyucian hati dengan proses getaran seluruh urat saraf apabila kita menyebut ayat-ayat- Allah SWT.

Sakit Adalah Penghapus Dosa

Bersabar dalam menahan setiap kesakitan yang anda rasai itu adalah satu penghapusan dosa.  Kesakitan kepada jiwa kekasih Allah adalah suatu nikmat kerana dosa-dosa kita Allah hapuskan di dunia lagi.

Rawatan As-Sunnah Mengajar Erti Kesabaran

Melalui ujian sakit ini  Allah Taala mahu mengajarnya erti kesabaran.  Sabar itu sebenarnya tiada hadnya.   Kesabaran Nabi Muhammad SAW tiada hadnya sehingga baginda menjadi penghulu para nabi.  Allah Taala juga membalas orang yang sabar dengan balasan tanpa hisab.  Sesungguhnya orang yang sabar adalah para kekasih Allah SWT.

Dadah Punah, Sunnah Barakah

Segala ubatan, ada dadahnya, semua makanan ada syubhatnya, penyakit semakin parah, hidup penuh katakutan.  Amalkan SUNNAH hidup akan menjadi selamat dan berkat.
Perubatan kaedah sunnah Nabawi
Rawatan tanpa pembedahan
Pakar rawatan barah
Kaedah penjagaan dan makanan kesihatan yang murah dan selamat
Merawat semua penyakit kecuali mati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: