Pengenalan

Bahasa Arab (BAB) Al-Kauthar adalah satu kaedah pengajian Bahasa Arab cara mudah dan pantas meliputi penguasaan Al-Quran & Jawi serentak walaupun tanpa asas.  Kaedah ini diasaskan oleh pasangan suami isteri, Ustaz Abdullah Zaidi Tohirin dan Ustazah Siti Afifah Shahbudin semenjak lima tahun yang lalu dan telah melatih seramai lebih dari 5 ribu pelajar pelbagai peringkat.
Bahasa Arab adalah bahasa yang paling unik dan terindah ciptaan Allah S.W.T.   Bahasa Arab adalah bahasa pilihan sebagai bahasa Syurga, bahasa Wahyu dan bahasa Rasul S.A.W.  Bahasa Arab adalah kunci untuk memahami Al-Quran dan As-Sunnah.  Mempelajari Bahasa arab untuk tujuan itu adalah ibadah yang amat tinggi nilainya.

Bahasa Arab adalah antara bahasa antarabangsa khususnya kepada dunia Islam.  Penguasaan bahasa Arab akan lebih merapatkan persaudaraan sesame umat Islam dan akan membuka pelbagai peluang kehidupan yang lebih sejahtera.  Selepas tragedi 11 September lalu, Malaysia  menjadi destinasi paling popular dari kalangan masyarakat dunia Arab untuk mencontohi kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita.

Penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar Melayu adalah pada tahap yang sangat rendah.  Pelajar hanya mempelajari bahasa Arab untuk lulus peperiksaan, namun maklumat pembelajaran bahasa tersebut sebagai salah satu bahasa komunikasi besar di dunia masih belum tercapai.  Kenyataan ini terbukti dengan ketiadaan langsung bahan bacaan semasa berbahasa arab di pasaran.

Masalah paling utama dalam pembelajaran bahasa Arab ialah momokan bahawa bahasa Arab sangat sukar dipelajari.  Ramai pencinta bahasa Arab akhirnya kecundang dengan cara dan persembahan guru yang membosankan.  Justeru itu,  Bahasa Arab Bestari Al-Kauthar muncul memperkenalkan buku yang mudah dipelajari, di samping kekuatan teknik dan persembahan yang menarik.

Bahasa Arab Bestari Al-Kauthar adalah program yang dirangka penuh teliti dan bersistematik.  Oleh itu, buku Bab Al-Kauthar tidak dijual secara umum untuk memastikan mutu pembelajarannya terkawal dan keberkesanannya terserlah.

Terdapat 3 LEVEL

Level (1)
Peringkat asas dan mengandungi 27 Buku Kerja.
Memperkenalkan asas-asas isim dan fe’el serta asas ayt mufidah.
Sesuai untuk tadika, sekolah rendah/menengah dan penuntut baru bahasa Arab.

Level (2)
Peringkat pertengahan dan mengandungi 30 Buku Kerja.
Mengembangkan isim, fe’el dan huruf dalam jumlah mufidah.
Program ini adalah lanjutan setelah menamatkan 3 buah buku dalam level yang pertama. Pada tahap ini, pelajar telah mampu bertutur perbualan secara persekitaran, boleh membaca ayat tanpa baris, memahami ayat tanpa bantuan penterjemah.

Level (3)
Peringkat lanjutan dan mengandungi 30 Buku Kerja.
Memperkenalkan seni keindahan bahasa Arab dan kehalusannya.
Anda di peringkat ini telah berada di gerbang Al-Quran dan mula memahami ketinggian seni bahasa ciptaan Allah S.W.T.  Anda juga telah mampu membuat ayat yang lebih baik di samping dapat membaca rencana bahasa arab yang mudah tanpa baris.  Lebih daripada 2000 patah perkataan akan dapat dikuasai tanpa disedari dan tanpa tekanan setelah tamat keseluruhan 9 buah buku Al-Kauthar.

Tahun 2007, Bab Al-Kauthar melebarkan lagi perkhidmatannya dengan memperkenalkan Pakej Pendidikan Kaedah Bab Al-Kauthar.  Pakej ini menawarkan 3 peringkat pendidikan untuk tahun pertama operasinya.

1.    TADIKA ARABIAH BAB AL-KAUTHAR (UNTUK USIA 3-6 TAHUN)
2.    MADRASAH ARABIAH WA TAHFIZUL QURAN BAB AL-KAUTHAR (UNTUK 7 TAHUN KE ATAS)
3.    PONDOK/MAAHAD ARABIAH ALAMIAH BAB AL-KAUTHAR (UNTUK 10 TAHUN KE ATAS)

Kekuatan pakej pendidikan di Bab Al-Kauthar ialah program Bahasa Arabnya yang melahirkan pelajar-pelajar Islam yang fasih dan mahir berbahasa arab sekaligus memudahkan pembeljaran tahfiz Quran yang sememangnya berbahasa Arab dan insyaAllah mampu melahirkan graduan yang berkemampuan membongkar mutiara ilmu dari kitab-kitab muktabar edisi Arab.

Keistimewaan lain pelajar-pelajar di sini yang tiada di tempat lain ialah mereka dilatih dalam bidang perubatan sunnah.  Kuliah perubatan sunnah Bab Al-Kauthar.

Pengasas Bab Al-Kauthar, Ustaz Abdullah Zaidi menjelaskan bahawa Pakej Perubatan Kaedah bab Al-Kauthar adalah program terbesar yang dirangka oleh pihak syarikat yang akan dibangunkan di tapak seluas 6 ekar di Perak.  Di sana nanti akan dijadikan pusat penyelidikan Bab Al-Kauthar di mana segala alat bantuan mengajar bahasa Arab akan diterbitkan oleh pusat ini.

Pengasas teknik Bab Al-Kauthar, Ustazah Siti Afifah pula menambah, pihak syarikat menawarkan latihan Guru Tadika kepada sesiapa yang berminat untuk ditempatkan di rangkaian Tadika Arabiah Bab Al-Kauthar seluruh negara.   InsyaAllah di pertengahan tahun 2010 sahaja sebanyak 10 lagi Tadika Arabiah akan dibuka di sekitar Lembah Kelang.

TADIKA ARABIAH BAB AL-KAUTHAR

  • Pembelajaran dalam suasana Arab
  • Praktikal terus Bahasa Arab dalam kehidupan
  • Praktikal solat dan faham bacaannya
  • Kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam 3 bahasa (Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia)
  • Memperkenalkan ‘Sains Tauhid’
  • Pendidikan Islam Lengkap
  • Program Tahfiz Juzu’ Amma
  • Riadhah Sunnah (menunggang kuda, berenang dan memanah)
  • Akademik
  • Nasyid Arabiah
  • Asas Kemahiran Hidup
  • Dll

UMUR
3 TAHUN-6 TAHUN

MATLAMAT

Melahirkan generasi Muslim yang faham bahasa Al-Quran
Membiasakan Bahasa Arab dari peringkat awal pendidikan Islam sebagai satu cara hidup.

MAAHAD ARABIAH BAB AL-KAUTHAR

  • Pembelajaran dalam suasana Arab
  • Praktikal terus Bahasa Arab dalam kehidupan
  • Praktikal solat dan faham bacaannya
  • Memperkenalkan ‘Sains Tauhid’
  • Pendidikan Islam Lengkap Teks Arab
  • Program Tahfiz kaedah Bab Al-Kauthar (faham baru hafaz)
  • Riadhah Sunnah (menunggang kuda, berenang dan memanah)
  • Akademik
  • Nasyid Arabiah
  • Asas Kemahiran Hidup
  • Nasyid Arabiah (Ko-Kurikulum)
  • Asas Perubatan Islam
  • Dll

UMUR
6 TAHUN KE ATAS

MATLAMAT

Melahirkan generasi Muslim yang faham bahasa Al-Quran.
Membiasakan Bahasa Arab dari peringkat awal pendidikan Islam sebagai satu cara hidup.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: